SOLO

Solo Build It!

Wednesday, September 30, 2015

OUR CONSTITUTION IS SUPREME

SHARE dan REPOST
[Artikel TERKINI dari blog Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, 29 September 2015]
UNDI TIDAK PERCAYA (Versi BM)
1. Saya membaca laporan bahawa YDP Speaker Dewan Rakyat tidak membenarkan usul undi tidak percaya yang hendak dibentangkan di Dewan Rakyat dari sesiapa pun.
2. Beliau menegaskan bahawa hanya beliau sahaja yang boleh memutuskan sama ada usul tersebut boleh dibentangkan di dalam Parlimen itu atau tidak.
3. Beliau berkata demikian kerana peraturan tetap di dalam parlimen tidak menyebut perkara ini. Perkara ini juga tidak pernah dilakukan sebelum ini.
4. Benar, tidak pernah dilakukan sebelum ini. Ini kerana tidak ada seorang pun daripada kelima-lima Perdana Menteri sebelum ini mempunyai 2.6 bilion Ringgit di dalam akaun peribadi mereka, dan mereka belum pernah terlibat di dalam skandal kewangan dan dituduh melakukan pembunuhan.
5. Tidak ada PM sebelum ini yang membubar institusi penyiasatan yang menyiasat asal-usul dan sumber kewangan yang mereka miliki.
6. Tidak ada PM sebelum ini meminjam wang RM42 bilion pada kos yang tinggi untuk menyediakan dana pembangunan kepada urusniaga yang penuh selindung.
7. Tidak ada seorang pun daripada mereka telah melabur lebih satu billion USD dalam projek usahasama yang meragukan dengan syarikat-syarikat Arab yang juga meragukan.
8. Tidak ada seorang pun daripada mereka telah membubarkan usahasama antara syarikat hanya selepas 6 bulan penubuhan dan menukar modal 1MDB kepada pinjaman dengan rakan yang mereka tidak fikir mereka patut meneruskan usahasama dengannya.
9. Tetapi Najib telah terlibat dengan semua ini. Kini, selain daripada berkata aset 1MDB yang bernilai lebih daripada 42 bilion Ringgit dipinjam, dia tidak dapat membuktikan dari mana sumber wang itu. Aset itu sebenarnya adalah tanah Kerajaan yang telah Najib beri kebenaran kepada 1MDB untuk mengambil alih pada harga yang teramat rendah dan kemudian dinilai semula 500 kali lebih.
10. Sesungguhnya undi tidak percaya adalah demokratik. Parlimen mungkin tidak ada apa-apa peruntukan dalam bab itu, tetapi Perlembagaan undang-undang tertinggi di dalam Negara ini jelas menyatakan bahawa, jika PM tidak lagi mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Parlimen, beliau perlu meletakkan jawatan. Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan menyatakan “Jika PM tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat, maka melainkan jika atas permintaan YDP Agong untuk membubarkan Parlimen, PM hendaklah meletakkan jawatan di dalam Kabinet”.
11. Jadi, adakah Speaker cuba untuk tidak mempedulikan Perlembagaan?
12. Hari ini, jika anda pergi ke luar Negara, warga asing terutama akhbar mereka pasti akan bertanya “Apa yang berlaku kepada Negara anda?” Anda akan berasa malu, tetapi tidak mampu berbuat apa-apa. Mereka secara terbuka mengaku telah menerima berjuta ringgit daripada PM. Rasuah ini semakin teruk. Mereka menyokong PM kerana telah diberikan wang, wang yang dia sendiri tidak dapat jelaskan daripada manakah sumber secara sah.
13. Tidak hairanlah Malaysia kini telah disenaraikan sebagai antara Negara korup di dunia. Penyokong Kerajaan sudah tidak lagi mempeduli dan menghormati Perlembagaan.
14. Tidak ada undi tidak percaya kerana Speaker Dewan Rakyat tidak memberi laluan.

No comments:

Post a Comment