SOLO

Solo Build It!

Saturday, November 1, 2014

10 Perkara Asas Kembalikan Kekuatan UMNO Terengganu

10 Perkara Asas Kembalikan Kekuatan UMNO Terengganu

AUTHOR:  1 NOVEMBER 2014 6:39 PM0 COMMENTSVIEWS: 58

2 (10)UMNO Terengganu merumuskan 10 perkara  asas yang dijangka mampu mengembalikan kekuatan parti Melayu itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
Rumusan berkenaan  diperolehi hasil kesepakatan dan perbincangan menerusi sesi percambahan minda di peringkat akar umbi serta pemimpin UMNO seluruh bahagian.
Ketua Penerangan UMNO negeri,   Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar berkata ia memberi tumpuan ke arah merapatkan barisan dalam menghadapi PRU14 di samping mengemas kini daftar pemilih selain meletakkan sasaran empat tahun menerusi asas berdasarkan 4P – Tahun Pemulihan, Tahun Penyatuan, Tahun Pengukuhan dan Tahun Perang.
“Kita perlu menginsafi hakikat bahawa kedudukan UMNO negeri Terengganu adalah amat tenat dan justeru itu ia harus diperkukuhkan di bawah pemerintahan Menteri Besar Dato’ Ahmad Razif Abdl Rahman menerusi Transformasi Terengganu Baharu,” katanya.
2 (9)
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Konvensyen UMNO  Terengganu, yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Hotel Primula Beach, Kuala Terengganu, hari ini.
Wan Abdul Hakim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Air Puteh berkata pemilihan calon boleh menang menjadi keutamaan kerana ia adalah faktor besar dalam menentukan kemenangan dalam PRU akan datang dan wajar diterima dengan reda oleh semua pucuk pimpinan akar umbi Umno negeri.
Beliau berkata UMNO juga perlu peka dengan perkembangan semasa terutama isu-isu mencabar kesucian agama Islam, kedudukan orang Melayu, kedaulatan institusi raja dan keluhuran perlembagaan.
“Kriteria pemimpin yang dihormati rakyat sudah pastinya seorang yang cenderung kepada agama, berpendidikan dan bersahsiah baik.
“Selain itu, peranan wanita hendaklah diperkasakan sebagai satu daripada inisiatif meningkatkan perpaduan di kalangan ahli parti di samping Umno juga perlu segera melakukan usaha berbincang dengan golongan muda yang mampu merubah demografi pengundian dalam PRU,” katanya.
3 (10)
Tambahnya, pendekatan melaksanakan aktiviti parti lebih berkesan sekiranya diadakan berskala kecil-kecilan tetapi berkala dan bukannya berskala besar tapi tiada susulan.

    No comments:

    Post a Comment