RepWarn

Tuesday, January 7, 2014

Gaji pekerja mesti dinaikkan berikutan pelaksanaan GST tahun depan The Malaysian Insider

KPMG Malaysia menggesa sektor awam dan swasta supaya menaikkan gaji pekerja mereka secara berperingkat-peringkat berikutan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) April tahun depan.
Rakan Pengurusan baharu dilantik Johan Idris mencadangkan kenaikan 6% setahun bagi membantu pekerja menangani kos sara hidup yang tinggi di Malaysia.
"6% adalah permulaan yang baik terutama selepas pelaksanaan GST, tarif baru elektrik, pemotongan subsidi petrol dan kadar baharu tol," katanya kepada pemberita selepas pelancaran edisi kedua penerbitan “Kajian Ke Atas Pengarah Bukan Eksekutif 2013 - Profil dan Gaji”.
Johan berkata pelaksanaan GST tidak boleh dielakkan kerana Malaysia adalah sebuah negara sedang membangun.
Sementara itu, KPMG Malaysia dengan kerjasama Institut Jawatankuasa Audit Malaysia hari ini melancarkan laporan “Profil dan Gaji” yang menonjolkan hasil kajian mengenai profil dan ganjaran pengarah bukan eksekutif (NED) syarikat awam.
Kajian itu mendedahkan ganjaran purata untuk mereka telah meningkat 37% kepada RM122,000 setahun daripada RM89,000 setahun pada 2009, berdasarkan 300 syarikat teratas di Bursa Malaysia pada 30 Jun 2013.
Kajian itu juga menawarkan informasi mengenai jurang jantina, dengan 11% daripada 1,821 NED yang dikaji terdiri daripada wanita, meningkat daripada hanya 6% pada 2009.
Peningkatan dalam jumlah NED wanita adalah selaras dengan sasaran kerajaan supaya wanita memegang 30 peratus jawatan tinggi di Malaysia menjelang 2016.
Johan berkata peningkatan dalam ganjaran sudah dijangka kerana NED mula menduduki jawatan tinggi di syarikat mereka.
Kajian selama enam bulan ke atas 1,821 NED oleh ACI itu meliputi semua bidang industri. – Bernama, 7 Januari, 2014.

No comments:

Post a Comment